Saturday, June 4, 2011

Buku Yamani Angle SDN. BHD.

RAMADAN TIBA LAGI
Harga Semenanjung Malaysia: RM 29.00
Harga Sabah/Serawak: RM 31.00
Shipping: RM 7 (Pos laju)
Sinopsis dari Sakinah:

"Buku ni sangat okey bagi yang ingin menjadikan ramadan mereka lebih bermanfaat. Semua tips tersedia di dalam. Dari niat puasa hingga nama-nama kurma yang tak pernah kita tahu. sesuai untuk semua peringkat usia, dari kanak-kanak sampai dewasa. Tak rugi kalau anda semua miliki buku ini!"

NIK NUR MADIHAH; PERMATA GENERASI RABBANI
Harga Semenanjung Malaysia: RM 24
Harga Sabah/Serawak: RM 26
Shipping: RM 4.50

Sinopsis dari Sakinah:

"Tak adil pula rasanya kalau saya yang memberi sinopsis bagi buku ini, hehe... tapi dari pengalaman saya pribadi bertemu dengan Nik Nur Madihah, saya rasa anda tak rugi miliki buku ini. Beliau adalah remaja terakhir yang mendapat pencapaian tertinggi dalam SPM pada tahun 2008 setelah mata pelajaran SPM dihadkan kepada 11 mata pelajaran sahaja. Sangat sesuai dihadiahkan untuk anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar. Tak rugi, Insha Allah!"

KU PINANG BIDADARI DI BUMI KASHMIR
Harga Semenanjung Malaysia: RM 15
Harga Sabah/Serawak: RM 17
Shipping: RM 3.50

Sinopsis dari Sakinah:

"Abaikan cover di depan. hehe, kerana jika anda membeli kerana ingin membaca kisah Heliza maka anda telah membeli buku yang salah. Novel ini berkisar tentang perjalanan seorang lelaki cacat yang bernama Salim yang berjuang untuk meraih cita-cita tertingginya sebagai seorang Muslim (syahid di jalan Allah)! dan bagaimana dia meraih cita-citanya itu? anda kena baca buku ini kerana selain ia dapat memberikan motivasi kepada anda, buku ini juga menunjukkan apakah makna cinta yang sebenar!"

No comments:

Post a Comment

Mungkin anda berminat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...