Showing posts with label Buku-buku Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Buku-buku Pilihan. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Buku Undang-undang

Bagi pelajar IPT/IPTS khususnya bagi jurusan syariah dan undang-undang. Saya ada menjual buku yang saya gunakan sewaktu belajar dahulu. Alhamdulillah 80% in good condition cuma ada bertanda dengan pensil, pen dan highlight. Jika ada yang berminat untuk memiliki boleh hubungi saya di ummusakinah99@gmail.com

Antara list buku yang saya ada:

1. Prinsip Perlembagaan Pemerintahan di Malaysia (tiada dalam gambar)
Penulis: Tun Mohd. Salleh Abas 
Harga: RM 7 (Istimewa 70%)
*mempunyai tanda dan highlight disebahagian tempat. 

2.  Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia (tiada dalam gambar)
Penulis: Mahmood Zuhdi Abd. Majid
Harga: RM 7 (Istimewa 70%)
*mempunyai tanda dan highlight disebahagian tempat.

3.  Falsafah Perundangan Islam
Penulis: Sobhi Rajab Mahmassani
Harga: RM 11

*ada beberapa buah buku lagi. Insya Allah saya akan update. 

Sunday, June 23, 2013

Bundle Book For Sale

Saya mempunyai beberapa naskah buku untuk di jual kembali. Jika ada sahabat-sahabat berminat sila hubungi saya ya. Separuh harga. 



1. Alaxender adalah Zulkarnain
Penulis: Muhammad Alaxender
Harga: RM 17
*Buku ini disertai juga dengan tanda tangan penulis. 

2. The Choice Volume 1 & 2
Penulis: Ahmad Deedat
Harga: RM 9

3. Tips Menjadi Ibu Bapa Mithali
Penulis: Saat Sulaiman
Harga: RM 8

4. Karya Nan Indah
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM 14

5. Chinese Conversation Made Easy
Penulis: -
Harga: 12

6. Yoga & Pilates
Penulis: Judy Smith, Emily Kelly, Jonathan Monks
Harga: RM 20

7. Falsafah Perundangan Islam
Penulis: Sobhi Rajab Mahmassani
Harga: RM 11

8. Ensiklopedia Tafsir Mimpi
Penulis: Muhammad Ibnu Sirin
Harga: RM 21

9. Prinsip Perlembagaan Pemerintahan di Malaysia (tiada dalam gambar)
Penulis: Tun Mohd. Salleh Abas 
Harga: RM 7 (Istimewa 70%)
*mempunyai tanda dan highlight disebahagian tempat. 

10. Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia (tiada dalam gambar)
Penulis: Mahmood Zuhdi Abd. Majid
Harga: RM 7 (Istimewa 70%)
*mempunyai tanda dan highlight disebahagian tempat.

11. Man Up!
Penulis: Paul O’Donnell
Harga: RM 5

12. Travelog Syahadah
Penulis: Muhammad Rashidi Abdullah
Harga: RM 7

13. Bidadari Syurga
Penulis: Nurasyikin Ahmad
Harga: RM 7

14. Sinergi dalam Pengurusan Sekolah
Penulis: Hamedah Wok Awang & Normah Teh
Harga: RM 8

15. The Disasters Darwinism Brought To Humanity
Penulis: Harun Yahya
Harga: RM 5

16. Naskah Cinta Buat Nusaibah
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Harga: RM 10

17. Noorah (novel)
Penulis: Ummu Hani Abu Hassan
Harga: RM 10

18. Batu-bata Kehidupan
Penulis: Hilal Asyraf
Harga: RM 12

19. La Tahzan For Students
Penulis: Fidi Mahendra
Harga: RM 5

20. Hamparan Kasih Rahmat Ilahi (tiada dalam gambar)
Penulis: Ummu Asiah
Harga: RM 5

21. Sepahit Jadam
Penulis: Nik Mohamad Abduh
Harga: RM 10 

Tuesday, February 14, 2012

Wadah CINTA Solehah dan Memburu Hidayah


Tajuk: Wadah Cinta Solehah
Genre: Novel Motivasi Remaja
Harga: RM 28 (Full Colour)
Diskaun: RM 26 
Postage: RM 5


Tajuk: Memburu Hidayah
Genre: Novel Motivasi Remaja
Harga: RM 20
Diskaun: RM 18 
Postage: RM 5


Tuesday, November 1, 2011

Yakjuj & Makjuj; Bencana Di Sebalik Gunung


Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-46-4
Tarikh Terbit: 6 Mar 2009
Jumlah Muka Surat : 576
Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Perbandingan Agama
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sinopsis:

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.

Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

Yakjuj & Makjuj; 5 Gelombang Pembawa Bencana

Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-366-071-1
Tarikh Terbit: 27 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 776
Kategori: Islam, Akidah, Biografi, Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sinopsis:

"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu adalah sama dengan 1000 orang daripada Yakjuj dan Makjuj" Hadis direkodkan oleh Bukhari.

Buku Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (2009) mendedahkan bangsa misteri yang disebutkan di dalam al-Quran, Yakjuj & Makjuj. Isu-isu misteri kian terungkap dengan penemuan bangsa Scythia yang mirip dengan karakter Yakjuj & Makjuj dan Pergunungan Kaukasus sebagai lokasi 'tembok' Yakjuj & Makjuj. Bukti-bukti sejarah kian menunjukkan kebenaran ini. Namun, bangsa Scythia hanyalah satu daripada bangsa Yakjuj dan Makjuj.

Buku Yakjuj & Makjuj: Lima Gelombang Pembawa Bencana ini mendedahkan lima bangsa Yakjuj & Makjuj yang terkenal dengan serangan kejam dalam sejarah * Menghurai keturunan Yakjuj & Makjuj bermula daripada keturunan Nabi Nuh * Sifat yang ada pada Yakjuj & Makjuj terdapat dalam keturunannya sekarang * Apabila tiba masa yang dijanjikan, lima bangsa ini akan kembali menguasai bumi.

Penulis adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan mendapat Ijazah Doktor dan Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah dan peradaban. Beliau menghasilkan karya-karya bestseller seperti Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009), Alexander adalah Zulqarnain (2010), Armagedon: 2012 (2010).


Sunday, October 30, 2011

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalah Semasa


Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-366-102-2 
Tarikh Terbit: 13 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori:
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


Sinopsis:

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa hasil tulisan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus laris di pasaran walaupun baru beberapa minggu diterbitkan.

Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku.

Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia.

Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.


Sebarkan Cinta-Mu by Fatimah Syarha Mohd Noordin



Harga: RM 31 / RM 34
ISBN-13: 978-967-408-012-9 
Tarikh Terbit: 29 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 880
Kategori:
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Sinopsis


Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

Saturday, June 4, 2011

Buku-buku Pilihan


****
THE CHOICE; DEBAT ISLAM & KRISTIAN
BY: AHMED DEEDAT


****
AKU TERIMA NIKAHNYA
BY: HASRIZAL ABDUL JAMIL


****
CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA
BY: MOHAMMAD LILI NUR AULIA


 *****
MENDIDIK REMAJA MUSLIM MENJADI ORANG BERIMAN & BERTAQWA
BY: DR. ABDULLAH AIDH AL-QARNI


p/s: Inginkan sinopsis dari buku ini? Nantikan... Insha Allah!

Mungkin anda berminat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...