Thursday, July 7, 2011

Ulasan Majalah Fardu Ain Edisi Pertama




Majalah Fardu Ain edisi pertama ini bertemakan Suci: Kesucian jiwa kesempurnaan amal. Majalah Fardu Ain menampilkan kolumnis-kolumnis yang sudah tidak asing lagi seperti Dato' Haji Muhammad Zakaria, Dr Mohd Kamil Abdul Majid, Dr Faishal Mat Shah, Ustaz Dzulkhairi Muhammad Noor, Ustaz Riduan Mohd Nor, Ustaz Rohidzir Rais, Ustaz Wan Mohd Noh Wan Hamat, Ustaz Zaharuddin Muhammad, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan ramai lagi.


Ruangan Eksklusif
Antara artikel yang diketengahkan dalam ruangan Eksklusif yang ditulis oleh Puan Salmah Kaman ialah berkenaan dengan Air: Satu Mukjizat. Beliau mengulas berkenaan bagaimana air menjadi sumber yang begitu penting dalam eko sistem kehidupan. Apakah kita pernah terfikir bahawa air bukan sekadar suatu sumber tetapi ia juga merupakan benda hidup. Anda boleh membaca artikel ini pada halaman 8 dan 9. Di halaman 9 juga turut diselitkan khasiat berkenaan dengan Air zam-zam. 


Ruangan Tauhid
Pada muka surat 12 dan 13 Dr. Mohd Kamil Abdul Majid mengisi ruangan Tauhid. Beliau menulis berkenaan dengan Pendidikan Awal Tauhid. Anda ingin tahu bagaimana cara untuk memberikan pendidikan awal untuk anak-anak. Artikel ini Insha allah sangat membantu. 




Ustaz Rohidzir Rais pula mengisi ruangan Sempurnakan Solatmu. Tulisan beliau bertajuk Istimewanya Ibadah Solat. Petikan yang sangat menarik yang dikutip dari artikel beliau adalah "Ibadah yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam adalah anak kunci bagi mereka membuka pintu-pintu syurga dan mengunci pintu-pintu neraka. Setiap ibadah yang dilakukan dengan sempurna melayakkan seorang hamba bergerak hampir kepada Allah dan syurgaNya."

Ingin mengetahui lebih banyak berkenaan dengan majalah ini? Berminat untuk memiliki? 

Majalah boleh didapati dengan harga;

Semenanjung Malaysia: RM 10 sahaja
Sabah & Sarawak: RM 12 sahaja

*harga belum termasuk cas penghantaran. Bagi yang berminat sila hubungi. Ada potongan harga menarik bagi yang berminat menjadi pengedar. 

Email: queennusai@gmail.com
 Tel: +6010 294 1834

No comments:

Post a Comment

Mungkin anda berminat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...