Sunday, October 30, 2011

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalah Semasa


Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-366-102-2 
Tarikh Terbit: 13 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori:
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


Sinopsis:

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa hasil tulisan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus laris di pasaran walaupun baru beberapa minggu diterbitkan.

Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku.

Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia.

Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.


No comments:

Post a Comment

Mungkin anda berminat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...