Sunday, August 24, 2014

Dari Seberang

Produk terbaru yang kini berada dalam senarai kami adalah buku, 'DARI SEBERANG' karya penulis Ummu Sakinah Muhammad.



Buku ini mengisahkan catatan beliau ketika belajar di Jakarta, Indonesia. Pandangan beliau tentang isu semasa dan dunia Islam. 

Catatan beliau mendapat komen jujur dari beberapa orang penulis dan pengiat dakwah, antaranya adalah:

Dewasa ini, kita sangat kekosongan dengan bahan-bahan berbentuk ilmiah yang kreatif. Buku “Dari Seberang” menyingkap kisah perjuangan dan pahit getir kehidupan di negara bergolak. Wajarnya sebagai rakyat Malaysia, kita mengambil iktibar dan pedoman terhadap apa yang berlaku di negara yang penganutnya beragama Islam. Dari jauh, kita hanya mampu mendoakan kesejahteraan saudara kita di sana. Buku ini cuba mengajak kita bersama-sama berjuang meskipun ‘jauh’. – Radiah Baharin, penulis.

 "Hasil ini merupakan karya saudari ummu sakinah yang pertama pernah saya baca dan secara keseluruhan, saya cukup terkesan dengan penulisan beliau yang sangat hebat ini.
Saya kagum dengan cara beliau mengekstrak keluar cebisan ibrah demi ibrah dari catatan pengalaman hidup beliau kerana ia sedikit sebanyak mampu memperkaya pemikiran lantas menjadi rujukan serta inspirasi untuk terus memperbaiki diri.
Penulis menggunakan bahasa yang sederhana tetapi tepat pada konteks dan  makna yang didukung. Gaya penulisan yang mudah dan tersusun juga membuatkan buku ini menarik serta tidak membosankan untuk sesiapa saja yang membacanya.
Secara ringkas, Dari Seberang merupakan sebuah penulisan  yang wajar diraikan dan diteliti oleh setiap barisan ummah, khususnya  golongan muda, yang sememangnya, menjadi alasan premier kepada kelahiran karya yang berkualiti ini." - Aisyah Syakirah (Vlogger Muslimah)

dan review-review lain dari Dato' Haji Muhammad Zakaria dan Mr. All Shared. 


Dapatkan buku ini dengan harga RM 15 sahaja (Penghantaran RM 5) beserta tanda tangan penulis. Anda boleh melakukan pemesanan melalui Whatsapp 019 6288 339 atau emailkan kepada ummusakinah99@gmail.com 

No comments:

Post a Comment

Mungkin anda berminat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...